Saturday 3 July 2010

Missions dan Visions of Brunei Student Council

Assalamu'alaikum,

In completing the proposal of this organisation, we have included missions and visions of Brunei Student Council. We want to assure you, so we now share them for the guidelines of all members.

Missions

1. To fulfill the aim of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam’s Titah during ‘Hari Belia Kebangsaan’ in 2009,
“..... Belia Cemerlang ialah belia beriman, berilmu, bertanggungjawab dan cekal. Kita semua menyedari, untuk mewujudkan belia cemerlang adalah memerlukan penglibatan semua pihak, termasuk individu, keluarga dan masyarakat. Tambahan pula, kesan kederasan arus globalisasi masa kini, telah menimbulkan pelbagai cabaran serta hambatan dalam usaha mewujudkan belia cemerlang itu. Ini, termasuklah cabaran-cabaran dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.”.

2. To take the challenge of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam’s Titah during His Majesty’s visit to United Kingdom and Northern Ireland in 2007,
    “...... Hanya pemikiran yang tinggi dan matang sahaja yang mampu membawa seseorang itu keambang kejayaan. Janganlah dianggap kejayaan itu ibarat udara yang kita hirup, di mana semua orang dapat menikmatinya dengan percuma, tetapi adalah kejayaan adalah memerlukan pencarian dengan usaha gigih serta titik peluh. Jadi berasaskan ini, Beta mahu, supaya penuntut-penuntut semuanya menjadi generasi pemikir. Janganlah turun ke bawah dalam berfikir tetapi naik dan meningkatlah selalu sehingga mencapai taraf pemikir yang baik. Negara Brunei Darussalam mesti dibangun oleh tenaga-tenaga pemikir untuk memperolehi nilai ‘Negara Baik’ dalam makna yang seluas-luasnya. Negara yang runtuh adalah Negara yang ketandusan daya berfikir, sekalipun ia kaya dan besar. Kerana apabila daya berfikir merosot, maka sudah pasti yang akan menggantikannya ialah hawa nafsu. Definisi ‘Negara Baik’ itu disebut oleh Allah sebagai “Baldatun Thayyibatun”, yakni Negara yang aman, sejahtera lagi makmur. Tanpa adanya unsur-unsur ini bermakna bukanlah itu ‘Negara Baik’ atau “Baldatun Thayyibatun” menurut perspektif al-Quran. Kemudian ‘Negara Baik itu pula dilengkapi dengan ungkapan berikutnya, “Warabbun Ghafuur”, yakni yang berdiri kukuh di bawah keredhaan dan keampunan Allah.”.

    Visions

    1. To strengthen the relationship between Brunei students and the High Commission of Brunei Darussalam in Malaysia.

    2. To bridge relationships among Brunei students from different institutions in Malaysia.


    Any inquiries, comments and suggestions are welcomed.


    Thank you.

    No comments:

    Post a Comment