Sunday 31 July 2011

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum... Dari Pihak Persatuan Pelajar Brunei Di Malaysia (BSCM), ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan. Semoga Ibadah Puasa Pada Tahun Ini Penuh Keberkatan, Keampunan Dan Keikhlasan. Dan Juga, Ibadah Puasa Kita Pada Tahun Ini Akan Lebih Bermakna dan Lebih Baik Dari Tahun - Tahun Yang Sudah.
Surah Al-Baqarah Ayat 183. "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
Surah Al-Baqarah Ayat 185. "(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."
Selamat Berpuasa Di Mana Sahaja Kita Berada...

FORUM PERSATUAN - PERSATUAN PELAJAR - PELAJAR BRUNEI KALI PERTAMA




Persatuan Pelajar Brunei Di Malaysia Telah di jemput untuk berkongsi pendapat dengan Persatuan pelajar - pelajar Brunei yang lain. Forum yang pertama kali ini di anjurkan oleh Persatuan pelajar Brunei Di United Kingdom dengan Usahasama Bahagian Dermasiswa Kementerian Pendidikan.
Pihak Persatuan Pelajar Brunei Di Malaysia mengharapkan usaha seperti ini akan berterusan.
Forum tersebut berlangsung Pada 26.07.2011 dan 27.07.2011.

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG




Seramai 30 Orang pelajar telah hadir di Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 65 Tahun.
Majlis Doa kesyukuran telah berlangsung di Kediaman Rasmi Duta Brunei Darussalam Ke Malaysia (Seri Brunei), Kuala Lumpur pada 15.07.2011.