KUALA LUMPUR, 8 Nov - Setelah setahun penubuhannya, Persatuan Majlis Pelajar Brunei di Malaysia buat pertama kalinya mengungkayahkan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama semua pelajar Brunei yang berada di Malaysia.
Majlis sambutan di Pangsapuri Vista Komanwel Ahad lalu dan dihadiri lebih 40 pelajar dengan Atase Pelajaran & Kebudayaan hadir sebagai tetamu jemputan.
Acara di mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan laungan takbir dipimpin oleh Presiden Majlis Pelajar Brunei dan diikuti oleh pelajar-pelajar lain.
Menurut salah seorang pelajar yang hadir, majlis seperti itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim, berkenalan bersama pelajar-pelajar Brunei di Malaysia dan juga dapat merasa hubungan kekeluargaan walaupun berjauhan bersama keluarga.
Seorang lagi pelajar memberitahu, ini adalah kali pertama beliau menyambut Hari Raya Aidiladha berjauhan dari keluarga kerana tidak berpeluang balik ke kampung.
Beliau amat bersyukur kerana pihak Majlis Pelajar Brunei dapat mengungkayahkan majlis seperti ini. Walaupun tidak ramai yang dapat menghadiri tetapi suasana meriah dapat di rasai. Majlis di akhiri dengan bergambar ramai.
Story By : Brunei Student Council Malaysia
Photo By Hazman UCTI
http://www.mediapermata.com.bn/rabu/nov9t21.htm
No comments:
Post a Comment