Thursday, 2 September 2010

[Article] Kem Ihya Ramadhan

Assalamu'alaikum Warahmatullah,

Syukur ke hadrat Allah, semoga semua ahli organisasi ini berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan beroleh shafaat pada malam ini, malam ke-20 Ramadan 1431 Hijrah.

Alhamdulillah, salah satu program pertama yang dianjurkan oleh Majlis Pelajar Brunei (BSC), Kem Ihya Ramadhan telah pun diadakan dengan jayanya pada 28 dan 29 Ogos 2010 yang lalu, di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Pihak Majlis Pelajar Brunei ingin sebulat suara mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Kem Ihya Ramadhan ini, samada secara langsung ataupun tidak.

Jutaan terima kasih diucapkan terutama sekali kepada para peserta dan juga ahli-jawatankuasa yang ditugaskan untuk kem ini, ustaz-ustaz penceramah, pihak Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, katering Mahallah Ali UIAM dan semua penaja-penaja persendirian. Mudah-mudahan penyertaan anda dan sumbangan yang diberikan akan mendapat manfaat dan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah Ta'ala.


P/s: kepada semua peserta program Kem Ihya Ramadhan, sijil penyertaan akan diedarkan kemudian

Sekian.

Wassalam.